Friday, May 23, 2008

Asas pegangan mencari ilmu.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ya Allah, selawat dan salam sejahtera keatas Muhammad serta kaum keluarganya.
Segala puji bagi Allah yang menguasai sekalian alam, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Sering aku diingatkan, sejak dari waktu zaman persekolahan, oleh bapaku, ibuku dan guru-guruku, perbetulkan niat nawaitu mencari ilmu, baharulah datang barokah. Dahulu, faham dan sadarku amat kurang. Se-iring perjalanan usia, pemahaman dan kesadaran sepatutnya meningkat.

Rupanya, mencari ilmu umpama satu perjalanan. Disetiap perjalanan akan banyak pemandangan. Banyak berjalan luas pemandangan. Dan disetiap perjalanan akan ada banyak stesyen yang ditemui (macam bus stop). Ada ruang masa untuk menilai, memandang, mengkaji, menganalisa, memperbetulkan niat dan nawaitu. Salah tujuan maka perbetulkan, salah haluan bertanya orang berpengetahuan, sesat jalan, balik kepangkal jalan. Tempat tujuan adalah nawaitu. Dan tujuan yang paling atas dan paling tinggi hanya satu. Yang lain-lain hanya niat untuk sampai ke stesyen perhentian sahaja. Destinasi akhir hanya satu. Tidak ada yang lain. Tidak boleh yang lain. Jika destinasi akhir tidak ketahuan, tidaklah boleh dikata “dari Allah kita datang, dan kepada Dialah tempat kembali”. Apakah tempat yang dipanggil “roji’uunn” ini? Seorang sahabat memanggilnya tempat “ji’un”.


“Tiada yang nyata pada alam ini kecuali hanyalah zatNya semata, sesungguhnya setiap wujud dan dzahir itu sebenarnya tiada, kecuali wajahNya semata, sesungguhnya, Dialah sahaja yang berhak keatas sesuatu dan kepadaNya pula harus dikembalikan”.

Maka pencarian diteruskan bagi meneruskan perjalanan terakhir.

Kemuncak bagi ilmu adalah menjadi tidak tahu. Semakin banyak yang dipelajari, semakin dalam lautan ilmu dselami, semakin banyak yang tidak diketahui, rupanya akhirnya menjadi tidak tahu, ilmu itu menjadi lupus, ilmu itu sendiri pun tidak akan kekal. Yang kekal tiada yang lain. Perjumpaan ini harapnya berlaku distesyen terakhir. Sekadar memohon kepadaNya.

Sifat ilmu itu adalah milik Allah. Dengan ilmu yang dipinjamkan, dapatlah merasa nikmat berpengetahuan. Menjadi tahu. Sebagai bekalan dalam perjalanan. Menjadi pedoman dihari pertemuan.

Penghujungnya, Wallahua’lam.