Sunday, May 25, 2008

Numerology - Bab Awwal

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.Tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu Pesuruh Allah.
Ya Allah, selawat dan salam sejahtera keatas Muhammad serta kaum keluarganya.
Segala puji bagi Allah yang menguasai sekalian alam, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Bila berbicara tentang ilmu nombor ni, dalam bahasa mat salleh dipanggil numerology, iaitu satu bidang keilmuan berkaitan dengan nombor yang dipercayai dapat mempengaruhi sesuatu bila mana ia dikaitkan kepadanya.
Begitulah menurut apa yang aku diberi tahu.
Juga aku telah di ingat dan di beritahu,

"Usah Percaya, Jangan Percaya, Aku ni mengarut aja....,
Tapi kalau nak tahu, boleh cuba ! Kalau minat boleh juga dipelajar...! ".

Begitulah yang tersurat dan terucap dan terdengar di halwa telinga aku. Langsung, aku cuba memandang pada yang tersirat, melihat kedalam apa yang tersirat dan dapat aku rasakan kedalaman lautan ini, bukan setakat yang terkocak, bukan setakat buih-buih yang kelihatan dipermukaan, ... tapi ini adalah satu jurus yang tidak kelihatan dimana-mana gelanggang. Jurus lain dari yang lain. Begitulah sepatutnya bagi orang yang memerhati dan memandang keilmuan. Bukan setakat lmu membaca perwatakan, meramal kehidupan, bahkan ada perkara disebaliknya. Bukan kulit, atau Bab pertama, tapi isinya adalah untuk mereka yang ingin menjadi tahu.

Ya, mungkin seperti bermain silat. Langkah, jurus pukul, bunga, itu hanyalah permainan, yang boleh diguna untuk memepertahankan diri dan keluarga. Tapi adakah setakat itu ? Ya, memang itu pun tujuan belajar bersilat. Oooh, ya ka? Jadi, Dimanakah falsafahnya ? Bagaimanakah hukum perhubungannya,... eh... macam-macam lagi masuk dalam benak aku. Ini Ilmu numerology ada sangkut langsung dengan akidah. Jangan main-main. Sabit itu ramai ilmuan langsung memangkah ilmu ini, bagi mengelak musibat. Jika tidak cukup ilmu didada, jangan cuba menyelam lautan dalam.

Maka, apakah langkah aku seterusnya....?

Saturday, May 24, 2008

Awal Kitab

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ya Allah, selawat dan salam sejahtera keatas Muhammad serta kaum keluarganya.
Segala puji bagi Allah yang menguasai sekalian alam, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Pernah aku ditanya oleh saorang Tok Guru, Sudah berpuluh tahun kamu membaca kitab, sejak dari belom akhil baligh hingga memanjat usia melangkau fasa kedua ini, Jika ditenggekkan, dari lantai boleh mencecah syiling, Aku nak kamu bagitahu aku, dua perkara sahaja, aku tidak betanya apakah isi kitab yang telah kamu baca, yang kamu telah faham dan yang telah kamu amalkan, tapi, apakah awal kitab dan apakah akhir kitab yang sudah kamu baca.

Allahu Ahbar. Aku sudah tidak ingat apakah kitab paling awal yang telah aku baca, dan kitab terakhir telah aku buka.

Lantas aku disergah, jika itupun kamu tidak tahu, tidak ada makna tinggi kitab. Kamu membaca tanpa membawa kesadaran bersama kamu. Aduuuhh….. lantas aku memberi salam kepada diriku dan kepadanya, lantas bertanya, …. Mohon ditunjuk ajar …..

Allahummalakalhamdu….

Friday, May 23, 2008

Asas pegangan mencari ilmu 2.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ya Allah, selawat dan salam sejahtera keatas Muhammad serta kaum keluarganya.
Segala puji bagi Allah yang menguasai sekalian alam, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Ilmu itu adalah hak milik mutlak Allah. Aku hanya diberikan pengetahuan. Itupun dengan izin dan ketentuanNya. Banyak mana yang aku diberi tahu, had mana yang patut aku tahu, Aku beriman dan mengikut sahaja Qada’ dan QadarNya.

Lantas apa yang aku ada. Maka aku pun diberi tahu. Kamu itu tidak ada apa. Tidak ada apa-apa pun menjadi milik kamu. Hatta, kamu tidak punya daya apa pun. Semua daya dan kekuatan adalah milik Allah. La hawlawala … . Kewujudan ini pun tidak wujud. Yang wujud hanya Allah. La maujud illa Allah. Kalau yang wujud pun tidak wujud, maka wujud itu adalah milik Allah jua. Maka kenalah kamu mencari awal agama. Mengenal Allah. Sebelum dapat kamu mengenal Allah, periksa diri kamu rata-rata. Mengenal Diri. Teruskan perjalan, pencarian kamu.

Allahumma, Ya Robbi, Ya Rahman, Ya Rahim, Aku berserah diri kepadamu ……

Dan aku diberitahu lagi. Tidak bergerak sesuatu walau sebiji zarah dengan tidak mendapat keizinanNya. Dan lagi, tiada sesuatu bencana pun yang menimpa dibumi ini dan pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis didalam kitab sebelum kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian ini adalah mudah bagi Allah. Dan lagi, Katakanlah, sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Bagi kami Dia lah pelindung kami dan hanya kepada Allah orang-orang beriman harus bertawakal. Dan lagi, Katakanlah, aku tidak berkuasa mendatangkan kemudratan dan tidak pula kemunafaatan kepada diriku, melainkan apa yang Allah kehendaki. Dan lagi, Dan tidalah kamu berkehendak kecuali apa yang dikehendaki Allah. Allah, Dia yang mengatur seisi alam. Dan lagi, Dan tidak kamu mengkehendaki, kecuali apa yang dikehendaki oleh Allah, Sesungguhnya, Allah lagi mengetahui lagi bijaksana. Dan lagi, Allah, Dialah yang menjadikan segala yang dikehendaki, dan mimilihnya sendiri, tiada hak bagi mereka untuk memilih.

Sesungguhnya, ilmu untuk mencapai hakikat keilmuan, bukanlah dengan jalan yang difikirkan oleh kemampuan otak semata-mata, tetapi adalah ilmu yang dipancarkan dalam hati. Ia adalah satu anugerah dan pemberian dari Allah jua.

Kini baru aku sedar. Ini bukan lagu Mawi. Belom dalam aku selam lautan, sudah banyak yang aku tidak ketahuan. Bagaimana jika lagi dalam?

Penghujungnya, Wallahua’lam.

Asas pegangan mencari ilmu.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ya Allah, selawat dan salam sejahtera keatas Muhammad serta kaum keluarganya.
Segala puji bagi Allah yang menguasai sekalian alam, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Sering aku diingatkan, sejak dari waktu zaman persekolahan, oleh bapaku, ibuku dan guru-guruku, perbetulkan niat nawaitu mencari ilmu, baharulah datang barokah. Dahulu, faham dan sadarku amat kurang. Se-iring perjalanan usia, pemahaman dan kesadaran sepatutnya meningkat.

Rupanya, mencari ilmu umpama satu perjalanan. Disetiap perjalanan akan banyak pemandangan. Banyak berjalan luas pemandangan. Dan disetiap perjalanan akan ada banyak stesyen yang ditemui (macam bus stop). Ada ruang masa untuk menilai, memandang, mengkaji, menganalisa, memperbetulkan niat dan nawaitu. Salah tujuan maka perbetulkan, salah haluan bertanya orang berpengetahuan, sesat jalan, balik kepangkal jalan. Tempat tujuan adalah nawaitu. Dan tujuan yang paling atas dan paling tinggi hanya satu. Yang lain-lain hanya niat untuk sampai ke stesyen perhentian sahaja. Destinasi akhir hanya satu. Tidak ada yang lain. Tidak boleh yang lain. Jika destinasi akhir tidak ketahuan, tidaklah boleh dikata “dari Allah kita datang, dan kepada Dialah tempat kembali”. Apakah tempat yang dipanggil “roji’uunn” ini? Seorang sahabat memanggilnya tempat “ji’un”.


“Tiada yang nyata pada alam ini kecuali hanyalah zatNya semata, sesungguhnya setiap wujud dan dzahir itu sebenarnya tiada, kecuali wajahNya semata, sesungguhnya, Dialah sahaja yang berhak keatas sesuatu dan kepadaNya pula harus dikembalikan”.

Maka pencarian diteruskan bagi meneruskan perjalanan terakhir.

Kemuncak bagi ilmu adalah menjadi tidak tahu. Semakin banyak yang dipelajari, semakin dalam lautan ilmu dselami, semakin banyak yang tidak diketahui, rupanya akhirnya menjadi tidak tahu, ilmu itu menjadi lupus, ilmu itu sendiri pun tidak akan kekal. Yang kekal tiada yang lain. Perjumpaan ini harapnya berlaku distesyen terakhir. Sekadar memohon kepadaNya.

Sifat ilmu itu adalah milik Allah. Dengan ilmu yang dipinjamkan, dapatlah merasa nikmat berpengetahuan. Menjadi tahu. Sebagai bekalan dalam perjalanan. Menjadi pedoman dihari pertemuan.

Penghujungnya, Wallahua’lam.

Mukaddimah

Dengan Nama Allah Yang Pemurah Lagi Penyayang.
Tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ya Allah, selawat dan salam sejahtera keatas Muhammad serta kaum keluarganya.

Segala puji bagi Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dia yang mengandung segala pengetahuan didalam zatNya dan Dia jualah pencipta segala pengetahuan dan keabadian, segala kewujudan adalah bersumberkan kepada wujudNya.

Segala puji bagi Allah, lantaran Dia yang menghantarkan al-Quran yang mulia, yang mengandungi didalamnya sebab-musabab ia diturunkan iaitu untuk memperingati manusia tentang Allah, dihantarkan kepada pembimbing yang memandu manusia pada jalan yang benar dengan yang paling perkasa diantara agama-agamaNya.

Selawat dan salam keatas Nabi Muhammad (saw), yang tidak diajar oleh makhluk tetapi diajar olehNya sendiri. Baginda (saw) adalah nabiNya yang terakhir pada rantaian kenabian, yang diutus kepada dunia yang sedang hanyut didalam huruhara, yang paling mulia dikalangan nabi-nabiNya, yang dimuliakan dengan kitab suci yang paling suci dan yan paling mulia. Keturunan baginda (saw) adalah pembimbing bagi orang-orang yang mencari, sahabat-sahabat baginda (saw) adalah pilihan dari kalangan orang-orang yang baik-baik dan murah serta bersih hati, semoga kesejahteraan dan keberkatan yang melimpah-limpah dikurniakan kepada ruh-ruh mereka.

Al-Fatiha ila ruhi muhammadin saw, wa ‘ala alihi, wasohbihi, wa tabi’e, wa lijami’il muslimina wal muslimat, wal mukminina wal mukminat, ‘alahya ummminhum wal amwat, al-Fatihah. Bismillah……

Thursday, May 22, 2008

Permulaan Langkah

Hari ini ku mulakan langkah untuk lebih mendekati alam bloggers. Bersempena dengan Hari Langkah yang diberikan oleh Wak Semenchu Kota, maka ku turuti langkah mula ini untuk memulakan perjalanan aku di alam bloggers. Semoga ia dapat memberikan kebaikan kepada diriku dan seluruh alam. Dengan itu dengan Lafaz Bismillahirrohmanirrahim dan dimulakan dengan Al-Fatihah, maka aku merasmikan laman blog waknombor ini.